Daftar Pengguna



Who's Online

We have 4 guests online

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini115
mod_vvisit_counterSemalam149
mod_vvisit_counterMinggu ini802
mod_vvisit_counterMinggu lepas873
mod_vvisit_counterBulan ini4077
mod_vvisit_counterBulan lepas3523
mod_vvisit_counterKeseluruhan82823

Di talian (20 minit lalu): 7
IP Anda : 38.107.179.217
,
Sekarang : 28-01-2012 19:17
Perkembangan terkini pemasangan pagar perimeter - Fasa 2
Makluman
Written by Mohd Rizal Rozali   
Thursday, 07 July 2011 16:27



Pagar Untuk Fasa 2 telah bermula dari depan Pondok Sekuriti.


Pagar Kawat telah dipasang sepanjang jalan U5/80.


Semak samun dan pokok-pokok liar telah dibersihkan serta diratakan di lorong U5/77A, dan bersedia untuk dinaikkan tiang besi pagar.
 
Perkembangan terkini pemasangan Pagar Perimeter
Makluman
Written by Mohd Rizal   
Monday, 20 June 2011 20:18

Laporan bergambar perkembangan terkini projek pemasangan pagar perimeter seperti berikut:


1. Para pekerja sedang melakukan pemasangan tiang pagar, terdiri daripada 1 penyelia & 5 pekerja.

2. Tiang-tiang pagar yang telah didirikan bermula dari pondok keselamatan, melalui lorong 73B dan
berakhir di lorong 72.



3.  Pagar-pagar dawai yang telah sampai untuk dipasang dan diikat pada tiang-tiang untuk Fasa 1.


4.  Pagar dawai yang telah siap dipasang, hampir 95% siap untuk Fasa 1 dan akan diikuti pula 
dengan Fasa 2 disekeliling tasik.

Harap maklum.

 
Projek Pemasangan Pagar Perimeter SBZ3
Makluman
Written by Mohd Rizal Md. Rozali   
Tuesday, 07 June 2011 16:54
 

Pada hari Ahad 05.06.2011 yang lalu, pihak PPSBZ3 akhirnya telah berjaya melantik kontraktor untuk projek Pemasangan
Pagar Perimeter keselamatan di Subang Bestari Zon 3.  Flyers telah pun diedarkan untuk makluman setiap penduduk di
Zon 3 mengenai projek ini.  Pihak persatuan akan sentiasa memberi maklumat terkini dari masa ke semasa mengenai aktiviti
projek ini.  Gambar di atas telah diambil semasa upacara penyerahan kerja yang telah disempurnakan oleh Encik Azmir kepada
pihak kontraktor yang diwakili oleh Encik Wawan Yonoserta; disaksikan oleh pihak AJK PPSBZ3, dari kiri Encik Wahab, Encik Rizal,
Encik Abdul Rahman, Encik Agus Dan Penyelia Keselamatan Encik Fakri.  Moga-moga projek ini akan dapat disiapkan dengan jayanya,
Insya'allah.
 
Pagar Perimeter Subang Bestari Zon 3
Makluman
Written by Presiden   
Friday, 29 April 2011 15:07
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penduduk Subang Bestari zon3. 

Adalah dengan ini saya, Aznam Bin Abdullah selaku Presiden Persatuan Penduduk Subang Bestari Zon 3 (PPSBZ3) dengan rendah dirinya ingin memaklumkan bahawa keputusan untuk membuat pagar perimeter keselamatan akan diteruskan.  Untuk makluman semua, projek pembinaan ini akan membabitkan Fasa 1, 2
dan 3. Kerja-kerja serta proses pembinaan Fasa 1 akan dimulakan pada 1hb Jun, 2011.  Keseluruhan fasa
dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan Julai, atau awal bulan Aug, 2011.  Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada komitmen, sokongan dan pembayaran sumbangan seluruh penduduk yang
tinggal di Zon 3 Subang Bestari ini.
 

Oleh yang demikian, saya menyeru dan berharap agar mendapat sokongan padu dari seluruh penduduk Subang Bestari Zone 3 (SBZ3).  Kita mesti berganding-bahu dalam menjayakan projek ini dan bersama-sama mengekang sebarang percubaan yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaannya. Ini semua adalah demi keselamatan dan keharmonian kita jua. 
 Untuk pengetahuan bersama, proses pungutan wang adalah berdasar dari persetujuan oleh lebih 80% penduduk Subang Bestari. Dengan ini telah ditetapkan bahawa setiap pintu rumah atau setiap keluarga diharapkan dapat menyumbang RM200.00.  

AJK PPSBZ3 telah melantik wakil-wakil di setiap lorong untuk menjayakan dan mempercepatkan proses pungutan wang yang dijalankan serentak dari rumah ke rumah bermula awal bulan April, 2011 yang lalu.
Walaubagaimanapun, kami juga telah menyediakan kemudahan bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad atau tidak berada di rumah semasa proses pungutan dijalankan untuk membuat pembayaran di pondok keselamatan diantara jam 5.00 petang hingga ke jam 7.00 petang atau pada jam 9.00 malam hingga 10.00 malam. 

Akhir sekali, saya dan seluruh AJK di dalam PPSBZ3 ingin mengambil kesempatan ini menyeru sekali lagi dan berharap agar pembinaan pagar perimeter keselamatan ini mendapat restu dari semua pihak demi melindungi seluruh penduduk dan yang tinggal di SBZ3. Seterusnya, mewujudkan satu Fenomena Sosial yang sihat di Taman kita bagi menghubungkan antara individu atau kumpulan dalam masyarakat yang BERBILANG KAUM dan AGAMA yang saling berkomunikasi serta memahami antara satu dengan yang lain.
 

Sekian dan Terima kasih
 
Aznam AbdullahPresiden – PPSBZ3
email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
H/P: 016-2011307/019-5751307
 
Jom Berbasikal Pusing Kampung & Taman Kita
Aktiviti
Written by Iskandar Khaira   
Sunday, 17 April 2011 22:30



Penyertaan Percuma * Bersama Mengamalkan Gaya Hidup Sihat * Cabutan Bertuah Menanti Anda!
Untuk penyertaan, sila hubungi Zahari (Ujang) 0196401468.
Sumbangan untuk dana PUTIS amat dialu-alukan.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Page 1 of 9