|
Ibadah Korban 2010 |
|
|
Written by ADMIN
|
|
Tuesday, 12 October 2010 09:41 |
Ibadah Korban di Kemboja
Ahli kariah Surau AL-Hikmah, Taman Subang Bestari Zon 3 yang berminat menunaikan ibadat qurban pada tahun ini anjuran Ust. Ahmad Maher Al-Hafiz (Bekas iman solat tarawih) yang akan diadakan di Kemboja boleh menghubungi pengantara Tn. Hj. Hashim Bin Jusoh ditalian 012-9278655 begin_of_the_skype_highlighting 012-9278655 end_of_the_skype_highlighting / 03-78463780 begin_of_the_skype_highlighting 03-78463780 end_of_the_skype_highlighting. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 03/11/2010. RM220 setiap satu bahagian. |
|
Last Updated on Tuesday, 12 October 2010 09:52 |
|
|
Kutipan Yuran Kariah dan Tabung Khairat Kematian bagi tahun 2009/2010 |
|
|
Written by Iskandar Khaira
|
|
Saturday, 08 August 2009 12:39 |
Kutipan Yuran Kariah dan Tabung Khairat Kematian bagi tahun 2009/2010 akan bermula hari ini, 8/8/2009. Bayaran sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga, serta borang keahlian yang telah dilengkapkan boleh diserahkan kepada AJK atau wakil jalan yang telah dilantik. Di samping itu, sumbangan ikhlas sempena bulan Ramadhan 1430 yang akan datang turut dialu-alukan.
Senarai AJK dan wakil jalan:
Tuan Haji Nik Ahmad Jafni (Ketua) | 74A | Azmi Atan | 74 (tengah) | Tuan Haji Zulkhairi Abdul Majid | 74 (surau) | Khairil Khalid (Ketua) | 73A | Ahmad Syukri Kassim | 73C | Khairus Safawi Nasir | 73B | Mohammad Bidon | 73 | Tuan Haji Zid Kaharuddin | 72 | Jipri Ahmad (Ketua) | 75C | Nor Aizam Baharom | 75A | Huzary Mohd. Tahir | 75 B | Tuan Haji Zulkifili Nordin (Ketua) | 76 (tengah) | Zahari Mohd. Reba | 76 (surau) | Iskandar Khaira Osman | 77 | Tuan Haji Baharin Md. Ali | 77A | Mohd. Naim | 79 | Hazkhairie Zainal Abidin | 78 | Hasni Mohd. Salem | 80 |
|
|
Last Updated on Monday, 26 October 2009 13:25 |
|
Sumbangan Dana Untuk Pembesaran Surau dan KAFA Al-Hikmah |
|
|
Written by ADMIN
|
|
Tuesday, 19 May 2009 20:06 |
Majlis Pimpinan Surau Al-Hikmah telah merancang untuk memperbesarkan surau dan kelas agama fardhu ain (KAFA) intergrasi Al-Hikmah dalam masa yang terdekat selepas dana awal yang diperlukan mencukupi. Sumbangan dari semua pihak samada dalam bentuk wakaf, zakat ataupun sedekah untuk menjayakan projek yang kami rancangkan demi melahirkankan generasi yang berilmu dan bertaqwa ini adalah amat-amat dialukan. Bilangan murid-murid untuk kelas KAFA Al-Hikmah sekarang adalah seramai 280 orang dengan menumpang di serambi surau dan bilik kontena iaitu untuk 6 bilik kelas. Dianggarkan untuk tahun hadapan (2010) sahaja, sekurang-kurangnya dua bilik kelas lagi diperlukan disebabkan tambahan murid-murid. Dianggarkan bilangan murid-murid akan bertambah sehingga 500 orang dalam masa dua hingga tiga tahun yang akan datang dan keseluruhan bilik yang diperlukan adalah 8 bilik kelas. Majlis pimpinan surau berharap dapat menyediakan bilangan kelas yang mencukupi untuk pembelajaran murid-murid dan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang agak selesa dan selamat. |
|
Last Updated on Tuesday, 19 May 2009 20:18 |
|
|
|
|
|